Selamat Hari Lahir KAK MALA..

Assalamualaikum kekandaku Normala..

 

Sanah helwah k.mala..

 

Alhamdulillah syukur Allah pilih kak mala hidup dengan insan yang terpilih,,walaupun agak tegas tapi banyak kebaikan disisi Allah..yang kita tidak tahu nilai hikmahnya..moga Allah kurniakan kesabaran yang dibalasi syurga buat kak mala..

 

Selamat hari lahir kak mala yang ke 40…banyak kali rasa nak bagi hadiah pada kak mala..tapi rasanya x sama nilai mcm mana kak mala bagi pada adik2..banyak sangat kebaikan yang kak mala buat pada adik2..walaupun kami tak dapat nak balas..kami tahu dan kami yakin doa kami sampai untuk kak mala..moga Allah jadikan asbab semua kebaikan yang kak mala buat Allah hadiahkan syurga buat kak mala..aamiiin..

 

Ya Allah..hadiahkan kakak kami yang bernama NORMALA ini syurga yang paling tinggi…

 

Ya Allah hadiahkan ketenangan buat kakak kami ini ya Allah..

 

Ya Allah hadiahkan nikmat melakukan amalan kebaikan buatnya…

 

Ya Allah hadiahkan nikmat sabar menghadapi ujian2Mu ya Allah..

 

Ya Allah hadiahkan tercapainya impian2 kakakku ini ya Allah..

 

Ya Allah hadiahkan nikmat kesihatan yang baik dan kuat buatnya hingga saat hujung nyawanya..

 

Ya Allah jadikan anak2nya anak yg solehah yang selalu berbakti dan mendoakannya..

 

Ya Allah sesungguhnya mata kami pancaindera kami menyaksikan kebaikannya..

 

Ya Allah kau angkatlah doa ini ya Allah..moga kami semua berjiran di syurga nanti ya Allah…aamiin..

 

Terimalah hadiah tak seberapa dari tura..moga ada bahagian juga dalam solat dan ibadat2 kak mala buat tura.. aamiin…

 

1 thought on “Selamat Hari Lahir KAK MALA..”

  1. Normala Bt Ismail

    Terima kasih pada adik yang sangat hebat dan sangat sabar melayani ibunya yang tidak sihat serta abang2nya yang menghadapi cabaran hidup yang sukar. Tahniah adikku

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *