Setiap usaha yang kita lakukan dijanjikan dengan HASIL. Yakin dan ikhtiar.
Lihat perkembangan baby dari bulan ke bulan.
1 Bulan
Bayi anda berukuran 0.1 – 0.2 milimeter sahaja. Ketika ini masih terlalu kecil untuk dilihat melalui ultrasound. Pada minggu-3, genetik bayi sudah ditetapkan.
2 Bulan
Bayi hampir berukuran 1 inci dan sudah mempunyai kaki dan tangan. Namun, mata masih belum terbentuk lagi.
3 Bulan
Bayi dalam fasa fetus, berukuran 2 hingga 4 inchi panjang. Ketika ini, semua organ sudah ada dan bayi sudah mula bergerak walaupun si ibu masih belum merasa.
4 Bulan
Bayi sudah 5 hingga 6 inci dan berat dalam 100gram. Ketika ini, muka dan bayi sudah mula terbentuk dan paru-paru sedang membentuk.
5 Bulan
Berat bayi mencapai 200gram dan panjang melebihi 6 inci. Rahim ketika ini sudah setinggi pusat anda. Bayi sudah mula bergerak, merenggang dan membuat mimik muka.
6 Bulan
Bayi semakin besar dan koordinasi tangan meningkat. Mata bayi ketika ini sudah boleh terbuka.
7 Bulan
Bayi bergerak semakin rancak dan anda sudah boleh merasa hentakan kuat pada dinding abdomen.
8 Bulan
Otak bayi semakin berkembang dan paru-paru hampir sepenuhnya berkembang. Ketika ini, posisi kepala bayi berada di posisi bawah.
9 ke 10 Bulan
Bayi mencapai 38-40 minggu. Untuk bersalin, doktor akan pastikan kandungan anda tidak melebihi 41 minggu. Ketika ini, anda perlu sentiasa bersedia untuk bersalin.
Share kenalan anda yang bergelar isteri agar bermanfaat . Semoga atas kebaikan perkongsian anda dideraskan termakbul hajat dan doa .
Aamiin