Keajaiban Tubuh Badan Manusia

badan manusia

1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.

2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam…

3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.

4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu

5. Secara purata, jangka hayat rambut adalah sekitar 3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut… Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun…huhu

6. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.

7. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball..

8. Gigi manusia mempunyai panjang 55 milimeter..

9. Apabila menjangkau usia 60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur semasa tidur… huhu

10. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang !!

11. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam…

12. Organisma hidup yang terdapat pada tubuh seorang manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia yang ada atas muka bumi sekarang…

13. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut… Bayangkan…

14. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi…

15. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan…

16. Gigi manusia hampir keras seperti batu…

17. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi…

18. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot..

19. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku…

20. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata…

21. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita…huhu

22. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan…

23. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari…

24. Setiap 2 minggu, perut manusia akan menghasilkan lapisan mukus yang baru, kalau tak, perut kita sendiri akan dihakis oleh asid yang terdapat didalamnya…

25. Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza…Wow…

26. 80% daripada diri kita adalah air…

27. Setiap jam, mata kita mampu memproses 36 000 bit informasi…

28. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira 4-5 KG.

29. Luas permukaan paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis…
Besar tuuu…huhu

30. Ketika mata kita berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama 0.3 saat..

31. Semasa bersin, semua organ berhenti berfungsi seketika termasuklah jantung… (Ibarat mati 1 saat)

32. Mustahil manusia bersin dengan membuka mata… Try lah..

33. Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut. Ia akan muncul apabila bayi tersebut berumur 2 hingga 6 tahun…

34. Secara purata, berat kepala manusia adalah 8 pound (3.6 kg)…

35. Secara purata, tempurung kepala mempunyai 100 000 helai rambut…

36. Secara purata, kita semua mengelipkan mata sebanyak 6,205,000 setahun…huhu

37. Tengkorak kita sahaja diperbuat daripada 29 tulang yang berbeza..

38. Rambut dan kuku diperbuat daripada bahan yang sama…

39. 15 juta sel darah dalam badan manusia musnah setiap saat.. Banyaknyaaa…

40. Dalam kulit kita, terdapat 72 kilometer saraf… Percaya atau tidak??

41. Secara purata, jantung manusia akan akan berdenyut sebanyak 3000 juta kali sepanjang hidup…

42. Darah kita mengembara keseluruhan badan kita sejauh 96,540 kilometer sehari…

43. Secara purata, badan kita mempunyai kandungan karbon yang cukup untuk membuat 900 batang pensel, fosforus yang cukup untuk membuat 2200 kepala mancis dan air yang cukup untuk mengisi tong air 37 liter… Wow…

44. Apabila kita menelan makanan, 7 saat kemudian, baru ia sampai ke perut…huhu

45. Gigi adalah satu-satunya bahagian badan kita yang tidak boleh memperbaiki dirinya sendiri… Kalau rosak, rosakla…..huhu

46. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali ganda lebih cepat berbanding kuku jari kaki…

47. Dengan hanya 7 pound (3.2kg) tekanan, telinga kita mampu dikoyakkan…

48. Fetus (janin) juga boleh tersedu…. Terkejut….

49. Terdapat kira-kira 1 trillion bakteria pada setiap belah kaki anda…

50. Kuku yang tercedera tumbuh lebih cepat berbanding kuku yang tidak tercedera…

51. Enamel yang terdapat pada gigi kita adalah bahan yang paling keras yang terdapat dalam badan kita…

52. Badan kita menggunakan 300 otot untuk mengimbang ketika kita berdiri…

53. Jika kita bersin dan menghembus semua bakteria yang ada pada usus kita, ianya mampu memenuhi secawan kopi…

54. Kapasiti penyimpanan memori otak kita adalah melebihi 4 terabytes… huhu…

55. Perempuan mempunyai deria bau yang lebih baik berbanding lelaki…huhu

56. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer

57. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat

58. Manusia hanya menggunakan 10% otaknya untuk berfikir…huhu

59. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan

60. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan…huhu, jaga-jaga jangan terpercik kat muka orang.

61. Bayi dilahirkan dalam keadaan mempunyai mata berwarna biru.. Dan kemudiannya akan beransur bertukar mengikut gene keluarga..

62. Setiap satu daripada 2000 bayi yang dilahirkan mempunyai gigi semasa dilahirkan..

63. Janin mula mempunyai cap jari sendiri semasa berusia 3 bulan di dalam kandungan… Subhanallah, dalam perut dah ada cap jari yang juga merupakan salah satu daripada kejaiban ciptaan Allah.

64. Selepas makan terlalu banyak, tahap pendengaran kita akan menjadi kurang tajam…huhu

65. Hidung kita mampu mengingati 50 000 jenis bau yang berbeza… Hebat kan..

66. Setiap orang mempunyai bau badan yang berbeza kecuali kembar seiras…

67. Saiz mata kita adalah sentiasa sama sejak lahir hingga ke tua tetapi hidung dan telinga kita tak akan berhenti membesar…

68. Manusia boleh bertahan lebih lama tanpa makanan berbanding tanpa tidur…Ya, manusia mampu bertahan tanpa makanan selama lebih sebulan atau 2 bulan tetapi berdasarkan kajian, seorang manusia yang tidak tidur selama 11 hari masih lagi sedar tetapi mengalami pertuturan yang berterabur, halusinasi dan hilang ingatan…

69. Lebih 90%b daripada penyakit adalah disebabkan oleh stress… Huhu… Jangan stress-stress ye.. bahaya..

70. Yang ni seram dan gerun sikit… Kepala manusia mampu sedar selama beberapa saat (sehingga 15saat) walaupun selepas terpisah daripada badan…

71. Kita memerlukan 17 otot untuk senyum dan 43 otot untuk bermasam muka… Jadi, banyakkan senyuman, rehatkan otot muka… huhu..

72. Bayi dilahirkan dengan 300 tulang tetapi berkurang kepada 206 apabila meningkat dewasa…

73. Otot yang paling kuat dalam badan manusia apa dia? LIDAH la jawapannya…

74. Tulang yang paling keras adalah tulang rahang…hoho

75. Kita menggunakan 200 otot untuk membuat satu langkah… Bayangkan berapa ribu langkah kita uat sehari… Banyaknya otot kita bekerja…

76. 1/4 daripada tulang manusia berada di kaki… Wow… 52 tulang ada dikaki daripada keseluruhan 206 tulang dalam badan.

77. 300 juta sel dari badan kita mati setiap minit… Bunyi macam banyak sangat je, tapi sebenarnya nilai tu amat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah sel dalam badan kita yang lebih kurang 10-50 rillion..

78. Setiap hari, badan manusia dewasa menghasilkan 300 billion sel baru…Jadi, kita perlu mengambil tenaga yang secukupnya untuk proses ini…

79. Seperti cap jari, lidah juga mempunyai ‘cap lidah’ yang unik dan tersendiri… Kalau nak buat jenayah, jangan tinggal kesan lidah ye…huhu

80. Badan kita mempunyai kandungan besi yang cukup untuk membuat sebatang paku 3 inci… huhu

81. Setiap inci kulit kita adalah rumah kepada lebih kurang 32 juta bakteria.. Tapi jangan takut, bakteria tersebut tidaklah merbahaya…

82. Jenis darah yang paling dominan dalam dunia adalah darah jenis O…

83. Semakin rendah suhu bilik tempat anda tidur, semakin tinggi lah peluang untuk anda mendapat mimpi buruk…huhu.. Kalau tak nak mimpi buruk, jangan tidur tempat sejuk…

84. Telinga kita menghasilkan lebih banyak tahi telinga ketika kita sedang takut berbanding ketika sebaliknya…

85. Orang yang kidal secara purata hidup 9 tahun lebih pendek berbanding orang yang tidak kidal…

86. Panjang depa adalah sama dengan tinggi badan kita.. Boleh try..

87. Badan perempuan membakar lemak lebih lambat daripada lelaki…Perempuan kene excercise lebih…huhu

88. Manusia memerlukan 72 otot yang berlainan untuk bercakap…huhu… sebab banyak cakap, cepat penat…

89. Sperma mengembara sejauh 3 ke 4 inci sebelum melalui proses persenyawaan dengan telur tetapi pengembaraan tersebut sahaja mengambil masa selama 30 minit…Hmmm

90. Ibu jari anda sama panjang dengan hidung.

91. Berat otak hanyalah 2% daripada berat badan kita tetapi otak memerlukan 20% daripada oxygen yang kita sedut… (Hmm…kecik-kecik cili padi…huhu) Sebab tu otak mudah terkesan kalau kita kekurangan oxygen.

92. Otak lebih aktif pada waktu malam berbanding pada waktu siang…

93. Saintis percaya bahawa semakin tinggi IQ seseorang, semakin banyak lah orang tu bermimpi… Sape rasa dia banyak mimpi, IQ tinggi la tu… huhu

94. Otak kita tak boleh merasa sakit. Hmmm, tapi tak bermaksud yang kepala kita tak rasa sakit, sebab sakit di kepala datang dari organ atau bahagian lain…

95. 80% daripada otak kita adalah cecair… Huhu.. Menarik kan.. Jadi, kalau kita rasa dahaga, minum lah air secukupnya agar otak kita sentiasa cukup air… (Tu yang ada simpulan bahasa melayu ‘otak cair’ tu, merujuk kepada orang yang bijak)

96. Bulu di muka tumbuh lebih cepat berbanding bulu di bahagian anggota badan yang lain… Yang ni takkan tak perasan kot terutama lelaki… Sebab tu misai kene cukur selalu… huhu

97. Rambut wanita mempunyai diameter (ukur lilit) separuh daripada diameter rambut lelaki. Tak hairan lah kan rambut lelaki lagi kasar daripada rambut perempuan sebab rambut lelaki lagi tebal…huhu

98. Sehelai rambut boleh menampung berat 3.5 ounces (99.2 gram)….huhu.. Kalau kira-kira balik, 10 helai rambut dah boleh tampung lebih kurang 1 KG. Total rambut kat kepala ni boleh tampung berapa Kg ek?

99. Kadar tumbesaran kuku mengikut kepanjangan jari itu sendiri. Jadi, kuku jari hantu adalah kuku yang paling cepat tumbuh berbanding kuku jari lain pada tangan manusia. Hmm, sebab tu lah kuku jari kaki lambat tumbuh sebab jari kaki semua pendek-pendek

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *